Jom Sertai Beramai-ramai.. (^__^)

22 December 2009

Majlis Bersantap



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat sahabat yang dikasihi. Cheewahh.. Tetiba aje tuan umah ni beri salam dengan penuh sopan-santun lagi bergaya. Hahaha.. (^__^). Tanpa membuang masa, saya faarihin dengan berbesar hati ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke majlis walimah saya..

Eh.. bukan-bukan.. Majlis walimah kakak saya lah.. Hahaha.. Perasan aje tuan umah ni. Pemikiran masih kanak-kanak ribena ada hati fikir pasal walimah-walimah ni. Huhuhu.. Kenapa, tak boleh ke? Hehehe.. =P

Sekali-sekala terbayang juga majlis walimah untuk diri sendiri. Adoiyai.. Gatal sungguh tuan umah ini.. Hehehe.. Rilek-rilek.. Saya sedar diri. Masih tak sesuai dengan jiwa saya bab-bab walimah ni. Mau enjoy-enjoy dulu.. Kasih gumbira puas-puas sensorang.. Nanti bila dah berdua.. Tak syiok.. Semua nak kena tanya pihak atasan. Eh, tapi sekarang tetap kena tanyalah.. Tanya dengan mak ayah.. Hehehe.. (^__^)

Errmmm.. Ala.. Siapalah nak kat saya ni kan. Dah lah pendek, comot, ada jelawat, pastu bila angin tiup rasa cam nak melayang-layang aje diri ni. Oh.. Ku sedar akan diriku ini.. Hmmmm.... Argghh.. Bebudak kecik jangan di fikirkan hal-hal orang tua.. Biarkan itu semua.. Apa yang penting???... Kita Enjoy.... Hehehe..(^__^)

Banyak pula saya dok menceceh. Ok..Ok.. Kat bawah ini ada pelan ke majlis bersantap nanti. Yang mana ada masa terluang, mai turun Jasin, 26 Disember 2009, hari Sabtu ini yer. Jamuan makan bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.. Andai ada yang nak pergi, nak tanya dengan lebih lanjut, sila-sila email saya, faarihin[at]yahoo[dot]com .. Nanti leh saya terang dengan lebih jelas lokasi terbabit. Hehehe.. (^__^). Perhatian buat cik tedi, nanti email saya, kalau jadi singgah, nant saya bagi no. tepon.



Oklah.. Ada masa ni, saya nak melawat ke rumah kawan-kawan. Semalam, tak dapat nak lawat semua. Sebab banyak sangat kerja yang nak kena buat. Ini pun, saya rilek-rilek dulu. Esok nanti sambung lagi. Fuhhh.. Banyak lagi kerja mau buat...


p/s: Doakan semoga segala-segalanya berjalan dengan lancar..

[Baca Lagi]...Majlis Bersantap

21 December 2009

Jiwa Malas



Buat jiwa-jiwa yang malas..
Cubalah rajin-rajinkan diri tu..
Ini tak..
Malas aje..

Ingat semua orang suka ker?

Buat jiwa-jiwa yang malas..


"Arghh.. sudah-sudah..
Tak payah nak bermadah-madah..
Dasar pemalasss.."

errkk..

Siapakah gerangan yang bersuara itu?

Siapa lagi..

Kalau bukan..

Si Tukang taip blog ini juga lah..

Hahaha.. (^__^)


Hmmm.. Minta maaf kawan-kawan..

Sebab tak berapa rajin nak menjelajah ke alam maya dalam minggu ni..

Kesibukan melanda buat masa sekarang ini..

Waktu siang berhempas-pulas mengemas sebaik yang mungkin..

Waktu malam pula dah kesedapan melayan mimpi sementara..

Nak online pun jadi maleh sebab ngantuk sesangat..

Ini pun rehat seketika bersama KIT KAT.. Hehehe..

Kawan-kawan, ada sesiapa yang rancang nak ke Melaka sabtu ni?

Alang-alang dah ada kat Melaka, mai la ke Jasin juga..

Kita nak ngajak ke majlis bersantap ni..

Kalau ada respon yang nak mai ke Jasin..

Nanti saya letak lokasi majlis itu di entry yang akan datang..

Oklah.. Nak membalas segala komen dan menziarah ke rumah kawan-kawan pula..


p/s: Banyak lagi tu nak kemas... Huwaaaa... (TT__TT)

[Baca Lagi]...Jiwa Malas

19 December 2009

BFundi BroFramestone dengan Biskutz a.k.a Faarihin



Ini adalah contest yang pasti di'reject'. Tarikh luputnya hari ini dan banyak peraturan yang telah saya tak berjaya ikuti dengan baiknya. Huhuhu. Jangan marah yer Bro Frame. Mula-mula aje saya bersemangat, tapi bila diteliti betul-betul harus menunjukkan muka yang sebenar tanpa di'edit', maka saya pun menjadi lemah longlai untuk menyertainya. Tapi, alang-alang dah penat menaip dan mereka cerita, maka saya poskan juga contest itu di sini untuk menjadi entry di blog saya hari ini. Siapa yang rajin baca, sila-silakan terpacak di blog saya ini dalam setengah jam mungkin. Hahaha.. Arghh.. Layan ajelah.. (^__^)


5 Azam Untuk Tahun 2010

1) Berusaha untuk bertukar dari spesis bermata empat kepada bermata dua.
-Bukan pakai contact lense.. gunakanlah Permata Hijrah.. hahaha.. promote2..

2) Berusaha untuk mendapatkan lampu hijau untuk memandu dengan lebih bergaya di jalan raya. - Entah bila lah nak dapat lesen ni.. Hmmm..

3)Berusaha menjadi tukang tembak atau tukang pukul yang ganas lagi kejam.
- Kepada yang ada senjata lebih tu..derma-dermakanlah kat saya satu.. huhuhu..

4)Berusaha menjadi penimba ilmu untuk tahap yang ketiga.
- Doakan saya ye kawan-kawan..

5)Berusaha menyahkan bakteria-bakteria durjana di muka dan yang sewaktu dengannya. - Muka awak licin, apa rahsianya.. sila-silalah bagi tips2 kepada saya.. hahaha..

Fuhh.. Berpeluh-peluh nak fikir azam untuk tahun 2010 ini. Demi menyibukkan diri ke dalam contest BroFramestone ni, saya gagahkan juga lah. Amacam? Ada gaya, mutu dan keunggulan tak azam-azam saya untuk tahun 2010 ini. Itu bukan sebarang azam tu, itu azzam cucu tok dollah tu.. hehehe.. Tetiba teringat adik sepupu saya yang bernama azzam itu. (^__^)


Nak kena buat karangan la plak..

Haa.. sila-silalah baca..


Tujuan saya berblog, macam biasalah untuk suka-suki. Sambil tu bolehlah menambahkan kengkawan di alam mayapada ni kan. Sambil-sambil tu juga boleh cedok-cedok ilmu yang berguna yang tak faedah hanyalah selingan sahaja. Hehehe..

Saya sebenarnya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan sejak dari saya menggunakan blog biskutz hinggalah ke blog faarihin. Kawan-kawan semasa di blog biskutz takkan saya lupakan sampai bila-bila sehinggakan saya ada kisah tragis berkaitan blog tersebut. Saya telah menutup blog itu seketika dan telah membukanya kembali kerana rindu yang amat sangat. Hehehe.. Poyo aje..

Antara mereka-mereka yang sentiasa kekal di hati saya dari dunia biskutz hinggalah ke dunia saya sekarang ini ialah Kak husna Comey, Incek Meo Macho, Kak Iza Comey dan semestinya Bro Frame Macho dan tak lupa juga kak Durrah cayang dan Abe Ajrinnya itu.(mereka berdua ini dalam penuh kesabaran meniti hari bahagia tu..(^__^) Insya-Allah.. Doa-doakan mereka yer.) Dan tak lupa juga buat pak ostat special dan pak ostat si janggut perang. Dua blog yang saya suka melepak secara senyap-senyap. Haa..Itulah antara makhluk-makhluk yang saya kenal sejak diblog biskutz lagi.

Minta maaflah.. Tak dapat nak nyatakan semua kawan-kawan di sini.. Walaupun saya tak nyatakan di sini, nama-nama kamu tetap terpahat di hati. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak hijau yang sepi ini.. Huhuhu.. Sebak plak tetiba.. Hahaha.. Poyo aje.. (^__^)


Alahai.. Nak kena buat slogan la plak..

Slogannya berbunyi begini ya kawan-kawan..

“BroFramestone merupakan pujaan hati buat Cik Atie yang comel itu… Hahaha.. “

Oklah tu kan.. Yang penting tidak melebihi 15 patah perkataan..

Ha.. sudah siap.. saja aje nak melayan contest ni.. Sebenarnya dah lama nak mengeposnya tapi malas menguasai segala-segalanya… Hohoho..

Mungkin penyertaan saya direject kerana tidak mengikut syarat-syarat yang dikehendaki.. Sekarang kita tunggu apa kata hakim dan juri-jurinya.. (^__^)


p/s:
Petang atau malam kang saya jengah kawan-kawan yer.. Nanti saya balas komen-komen itu.. Saya curi-curi masa untuk update blog aje ni.. hehehe..

[Baca Lagi]...BFundi BroFramestone dengan Biskutz a.k.a Faarihin

Kawan-kawan

 

Great Morning ©  Copyright by A New Day.. A New Life! | Template Edited by Faarihin | Blog Ini Dimiliki Sepenuhnya Oleh Faarihin